https://my04.awfatech.com/darulizzah/content/news/newsf1_DI018_1651809176.jpg

DOA MEMOHON PERLINDUNGAN DARI SEGALA KEBURUKKAN

DOA MEMOHON PERLINDUNGAN DARI SEGALA KEBURUKKAN

 

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

 

MAKSUDNYA: “DENGAN NAMA ALLAH YANG TIDAK DIMUDHARATKAN SESUATU PUN DENGAN NAMA-NYA SAMA ADA DI BUMI ATAU DI LANGIT. DAN DIALAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI.”

 

KITA SEBAGAI SEORANG YANG BERIMAN PERLULAH SENTIASA BERDOA KEPADA ALLAH SWT KERANA INSAN INI SIFATNYA LEMAH DAN SENTIASA MENGHARAPKAN KEPADA SANG PENCIPTANYA DALAM SETIAP KEADAAN DAN MASA. JUSTERU ITU, BANYAK DOA-DOA YANG DIAJAR OLEH RASULULLAH SAW KEPADA KITA UNTUK DIGUNAKAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA.

 

ANTARA DOA YANG DIAJARKAN OLEH RASULULLAH SAW SEPERTIMANA DIRIWAYATKAN OLEH UTHMAN BIN AFFAN RA, BELIAU MENDENGAR NABI SAW BERSABDA:

مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ، فِي الْأَرْضِ، وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ، حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

 

MAKSUDNYA: “BARANGSIAPA YANG MEMBACA: “DENGAN NAMA ALLAH YANG TIDAK DIMUDHARATKAN SESUATU PUN DENGAN NAMA-NYA SAMA ADA DI BUMI ATAU DI LANGIT. DAN DIALAH YANG MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI” SEBANYAK TIGA KALI (PADA WAKTU PETANG), MAKA DIA TIDAK AKAN DITIMPA BALA SEHINGGA WAKTU PAGI DAN BARANGSIAPA YANG MEMBACANYA PADA WAKTU PAGI SEBANYAK TIGA KALI, MAKA DIA TIDAK AKAN DITIMPA KESUSAHAN BALA SEHINGGA WAKTU PETANG.”

RIWAYAT IMAM ABU DAUD DI DALAM SUNANNYA (5088)

 

MAKNA HADITH

 

DI DALAM HADITH INI DINYATAKAN AKAN KELEBIHAN ORANG YANG MEMBACA DOA INI PADA AWAL SIANG HARI DAN AWAL MALAM HARI. DOA TERSEBUT DIMULAKAN DENGAN NAMA ALLAH ADALAH UNTUK MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH DARIPADA SEGALA KEBURUKAN YANG MANA TIDAK AKAN MEMBERI MUDHARAT SESUATU PUN DENGAN NAMA ALLAH APABILA IA DIUCAPKAN DENGAN PEGANGAN YANG BETUL DAN NIAT YANG IKHLAS. 

 

ADAPUN KITA, BUKAN SAHAJA MEMOHON PERLINDUNGAN DARIPADA KEBURUKAN DARI BUMI SAHAJA, BAHKAN JUGA KEBURUKAN DARI LANGIT IAITU APA-APA YANG TURUN DARI LANGIT. TAMBAHAN PULA, ALLAH BERSIFAT MAHA MENDENGAR IAITU AKAN UCAPAN-UCAPAN KITA DAN ALLAH JUGA BERSIFAT MAHA MENGETAHUI AKAN KEADAAN KITA. [LIHAT: TUHFAH AL-AHWAZI, 9/234]

 

WWW.SMIDIKEDAH.EDU.MY 

#SMITIDARULIZZAH

#DARULIZZAH

#SMIDIKEDAH

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulizzah/content/news/newsf1_DI018_1651636622.jpg

PUASA 6 HARI DIBULAN SYAWAL

JOM KITA MULAKAN PUASA 6 KITA SEAWAL YANG MUNGKIN., MOGA-MOGA TAHUN INI JUGA KITA BEROLEH GANJARAN BERPUASA SELAMA SETAHUN. INSYAALLAH...

.

WWW.SMIDIKEDAH.EDU.MY

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulizzah/content/news/newsf1_DI018_1651543793.jpg

SALAM AIDILFITRI DARIPADA KAMI WARGA SMI DARUL IZZAH

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.

.

TANGAN DIHULUR MAAF DIPINTA,

ERAT HUBUNGAN SESAMA KITA,

SEMOGA GEMBIRA DI HARI YANG MULIA INI,

SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFKAN

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,

MAAF ZAHIR DAN BATIN.

.

KAMI DIPIHAK SEK. MEN. ISLAM DARUL IZZAH - SMIDI INGIN MEMOHON JUTAAN KEMAAFAN DAN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SELURUH KAUM MUSLIMIN & MUSLIMAT.

.

كل عام و أنتم بخير

.

SEMOGA RAMADHAN YANG KITA LALUI INI ADALAH YANG LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA DAN SEMOGA KITA DIKURNIAKAN USIA YANG PANJANG HINGGA KITA DITEMUKAN KEMBALI RAMADHAN PADA TAHUN HADAPAN. INSYAALLAH.

LAGI
https://my04.awfatech.com/darulizzah/content/news/newsf1_DI018_1651116563.jpg

MAJLIS IFTAR JAMAIE PERINGKAT DARUL IZZAH.

MAJLIS IFTAR JAMAIE PERINGKAT DARUL IZZAH.
ALHAMDULILLAH, PADA PETANG INI SEK. MEN. ISLAM DARUL IZZAH - SMIDI TELAH MENGADAKAN MAJLIS IFTAR JAMAIE PERINGKAT SEKOLAH DIANTARA PELAJAR, STAF DAN AHLI LEMBAGA TADBIR DARUL IZZAH.
.
MAJLIS DIMULAKAN DENGAN BACAAN DOA OLEH WAKIL PELAJAR, ALUNAN QASIDAH OLEH PELAJAR SMIDI DAN DIIKUTI UCAPAN RINGKAS DARIPADA TUAN PENGETUA SMI DARUL IZZAH. MAJLIS SETERUSNYA DITERUSKAN LAGI DENGAN SESI PEMBERIAN DUIT RAYA KEPADA SEMUA PELAJAR OLEH TUAN PENGETUA DAN PEMBERIAN DUIT RAYA KEPADA STAF OLEH SIR AJMAL FIRDAUS YANG MEWAKIL AHLI LEMBAGA TADBIR SMIDI.
.
MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN BACAAN TAHLIL DAN TAZKIRAH RAMADHAN YANG DISAMPAIKAN OLEH AF TUAN SYEIKH AMINUDDIN B. ABD RAHIM - AHLI MAJLIS FATWA NEGERI KEDAH. SETERUSNYA MAJLIS DITERUSKAN DENGAN SESI BERBUKA PUASA, SOLAT MAGHRIB BERJEMAAH DAN JAMUAN MAKAN YANG DISEDIAKAN OLEH PIHAK SMIDI SERTA BEBERAPA JUADAH YANG DIBAWA OLEH PARA WARIS.
.
KAMI DIPIHAK SEKOLAH MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG DALAM MENJAYAKAN MAJLIS YANG DIADAKAN INI. PIHAK SEKOLAH JUGA MENGUCAPKAN SELAMAT BERCUTI DAN SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA PELAJAR YANG JUGA TURUT PULANG BERCUTI KE RUMAH SETELAH SELESAI MAJLIS IFTAR JAMAIE INI.
.
SUMBANGAN ORANG RAMAI BAGI PROGRAM IHYA' RAMADHAN INI BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN BANK BERIKUT;
TABUNG PENDIDIKAN DARUL IZZAH
0208 4010 034 038 - BANK ISLAM
.
SEK. MEN. ISLAM DARUL IZZAH JUGA MERUPAKAN AGEN SAH LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH.
.
.
AMIL LZNK SEK. MEN. ISLAM DARUL IZZAH DI WWW.WASAP.MY/60134045145/ZAKATFITRAH
013 404 5145 - PENGETUA.
.
 
 
 
 
 
 
 
+77
 
 
21
ORANG DICAPAI
48
PENGLIBATAN
GALAKKAN SIARAN
 
1818
 
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulizzah/content/news/newsf1_DI018_1651116129.jpg

SMI DARUL IZZAH ANJUR PROGRAM KHATAM AL-QURAN.

SMI DARUL IZZAH ANJUR PROGRAM KHATAM AL-QURAN.
.
ALHAMDULILLAH., PADA HARI INI RABU 27 APRIL 2022 BERSAMAAN 25 RAMADHAN 1443 PIHAK SEK. MEN. ISLAM DARUL IZZAH - SMIDI TELAH MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT DARUL IZZAH YANG DIRASMIKAN OLEH AL-FADHIL USTAZ MOHAMMAD IQBAL BIN ABU YAZIZ - TUAN PENGETUA SMI DARUL IZZAH.
.
MAJLIS INI ADALAH KESINABUNGAN DARIPADA AKTIVITI TADARUS HARIAN YANG DIADAKAN OLEH PELAJAR DAN STAF DAN IANYA JUGA BAGI MERAIKAN PARA PELAJAR YANG BERJAYA MANGHABISKAN BACAAN SECARA INDIVIDU DAN BERKUMPULAN MENGIKUT SUKATAN YANG DIBERIKAN.
.
DALAM MAJLIS YANG SAMA JUGA, TUAN PENGETUA YANG DIIRINGI OLEH 3 ORANG PENOLONG KANANNYA TURUT MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PARA PELAJAR YANG BERJAYA MENJAWAB SOALAN KUIZ YANG DIBERIKAN SETIAP KALI TAZKIRAH RAMADHAN DIADAKAN, DAN MENJADI KUMPULAN TERBAIK BAGI AKTIVITI KOKURIKULUM YANG DIADAKAN PADA SETIAP HARI SABTU SEPANJANG RAMADHAN INI.
.
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR YANG MENGAMBIL BAHAGIAN KHUSUSNYA DALAM PROGRAM IHYA RAMADHAN YANG DIJALANKAN OLEH PIHAK DARUL IZZAH.
.
SUMBANGAN DARIPADA ORANG RAMAI AMAT DIALU-ALUKAN KHUSUSNYA UNTUK MELANCARKAN LAGI PERJALANAN PENTADBIRAN DI SEK. MEN. ISLAM DARUL IZZAH - SMIDI INI.
.
SUMBANGAN BOLEH DISALURKAN TERUS MELALUI AKAUN BANK BERIKUT;
TABUNG PENDIDIKAN DARUL IZZAH
0208 4010 034 038 -BANK ISLAM
.
UNTUK PERTANYAAN BOLEH HUBUBGI KAMI DITALIAN
013 404 5145 - PENGETUA
.
 
 
 
 
 
 
 
+45
 
 
383
ORANG DICAPAI
118
PENGLIBATAN
GALAKKAN SIARAN
 
2828
6 KOMEN
2 PERKONGSIAN
 
SUKA
 
 
 
KOMEN
 
 
KONGSI
 
 
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulizzah/content/news/newsf1_DI018_1651115921.jpg

PERJALANAN TAZKIRAH RAMADHAN DI SURAU DARUL IZZAH

TAZKIRAH RAMADHAN PADA HARI INI 24 APRIL 2022 BERSAMAAN 22 RAMADHAN 1443 DI SEK. MEN. ISLAM DARUL IZZAH - SMIDI TELAH DISAMPAIKAN OLEH USTAZ MUIZUDDIN BIN YAHAYA - GURU SMI DARUL IZZAH
.
JOM REBUT PELUANG RAMADHAN YANG MASIH BERBAKI SEKITAR 6 HARI INI UNTUK KITA BERWAKAF, MENYUMBANG, BERSEDEKAH DAN MEMBERI INFAQ BAGI MEMBANTU PENTADBIRAN DISINI KHUSUSNYA DALAM MENYEMARAKKAN LAGI PROGRAM IHYA RAMADHAN 1443 DI DARUL IZZAH INI.
.
SUMBANGAN, WAKAF INFAQ DAN SEDEKAH DARIPADA ANDA SEMUA BOLEH DISALURKAN MELALUI AKAUN BANK ISLAM BERIKUT;
TABUNG PENDIDIKAN DARUL IZZAH
0208 4010 034 038.
.
.
UNTUK PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI PIHAK SEKOLAH DI TALIAN BERIKUT;
013 404 5145 - PENGETUA
.
 
 
 
 
 
 
 
+13
 
 
48
ORANG DICAPAI
28
PENGLIBATAN
GALAKKAN SIARAN
 
10ANDA DAN 9 YANG LAIN
 
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulizzah/content/news/newsf1_DI018_1651115629.png

MENCARI MALAM AL-QADAR.

MENCARI MALAM AL-QADAR.
اللهم بلغنا ليلة القدر بفضلك يا ذا الفضل والمنه، ووفقنا فيها إلى كل خير، وتقبل منا كل بر، ولا تتوفنا إلا وأنت راض عنا يا ذا الجلال والإكرام.
APAKAH KELEBIHAN MALAM LAILATUL QADAR?
LAILATUL QADAR (MALAM QADAR) YANG DINYATAKAN DI DALAM AL-QURAN SEBAGAI,“LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN” .
APA-APA PUN IBADAH YANG DILAKUKAN PADA MALAM INI SEPERTI MEMBACA AL-QURAN, BERZIKIR KEPADA ALLAH, DAN LAIN-LAIN IBADAH ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA BERIBADAH UNTUK 1000 BULAN YANG TIDAK MENGANDUNGI MALAM QADAR.
RASULULLAH S.A.W SENDIRI MEMAKSA DIRINYA BERIBADAH DENGAN PENUH KETAATAN DAN BERSUNGGUH-SUNGGUH DALAM SEPULUH MALAM TERAKHIR, BERBANDING PADA MASA-MASA YANG LAIN. SAIDINA AISHAH (RA) BERKATA BAHAWA NABI BERSABDA: CARILAH LAILATUL QADR PADA MALAM BERNOMBOR GANJIL PADA SEPULUH MALAM TERAKHIR RAMADAN (BUKHARI).
BAGINDA BERSABDA:
“SESIAPA YANG SEMBAHYANG PADA MALAM QADAR (LAILATUL QADAR) DENGAN PENUH KEIMANAN DAN HARAPAN UNTUK MENDAPAT GANJARANNYA, MAKA SEMUA DOSA-DOSA SEBELUM INI AKAN DIAMPUNKAN.” (BUKHARI DAN MUSLIMDARI ABU HURAIRAH).
♨️1. MELUANGKAN MASA BERIBADAH KEPADA ALLAH.
KITA PASTI AKAN BEREHAT SEKETIKA UNTUK HAMPIR SEGALA-GALA AKTIVITI DIDALAM KEHIDUPAN KITA. TETAPI MENGAPA KALI INI KITA TIDAK MELUANGKAN MASA DENGAN MEMBERI TUMPUAN KEPADA IBADAT DAN BERSYUKUR MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PENCIPTA KITA UNTUK MENDAPAT KEREDHAAANNYA.
WALAUPUN SEKURANG-KURANGNYA KITA HANYA DAPAT MENGAMBIL SEDIKIT MASA YANG BOLEH. APABILA KITA BERJAGA MALAM UNTUK MELAKUKAN IBADAH QIAMULLAIL, MAKA KITA TIDAK PERLU RISAU TENTANG KEADAAN KERJA PADA KEESOKAN HARINYA. INSYALLAH, IA AKAN BAIK-BAIK SAHAJA DAN TIDAK AKAN MENJEJASKAN KITA PUN.
♨️2. MELAKUKAN IKTIKAF
IA ADALAH AMALAN RASULULLAH UNTUK MENGHABISKAN SEPULUH HARI TERAKHIR DAN MALAM RAMADAN, DUDUK DALAM MASJID UNTUK IKTIKAF. ORANG-ORANG YANG BERIKTIKAF TINGGAL DI MASJID SEPANJANG MASA INI, MELAKSANAKAN PELBAGAI BENTUK AMALAN (MENGINGATI ALLAH), SEPERTI MELAKUKAN SOLAT SUNAT, MEMBACA DAN MEMAHAMI AL-QURAN.
BERDASARKAN HADIS SAHIH RIWAYAT AL-BUKHARI DAN MUSLIM YANG DIRIWAYATKAN DARIPADA AISYAH R.A, BAHAWA RASULULLAH SAW BERITIKAF PADA 10 AKHIR RAMADAN SEHINGGA BAGINDA DIWAFATKAN OLEH ALLAH SWT, KEMUDIAN (DITERUSKAN SUNNAH) IKTIKAF SELEPAS KEWAFATANNYA OLEH PARA ISTERINYA.
DALAM SEBUAH HADIS YANG LAIN ABU HURAIRAH BERKATA: "RASULULLAH SAW SELALU BERIKTIKAF PADA TIAP-TIAP SEPULUH HARI TERAKHIR RAMADAN, MANAKALA PADA TAHUN BAGINDA DIWAFATKAN, BAGINDA BERIKTIKAF SELAMA 20 HARI"(HADIS RIWAYAT AHMAD, ABU DAWUD, AL-TIRMIDZI DAN DINILAI SAHIH OLEH AL-TIRMIDZI).
♨️3. AMALKAN DOA KHAS INI: (RUJUK PADA GAMBAR)
SAIDINA AISHAH, RA BERKATA: AKU PERNAH BERTANYA RASULULLAH SAW: ‘WAHAI RASULULLAH, JIKA AKU TAHU BILA MALAM ADALAH MALAM QADAR, APAKAH YANG PERLU AKU UCAPKAN SEMASA DOA?’ BAGINDA BERKATA: “KATAKANLAH: YA ALLAH, ENGKAU ADALAH PEMAAF DAN SUKA MEMAAFKAN, MAKA MAAFKAN AKU. ” (AHMAD, IBN MAJAH, DAN TIRMIDZI).
♨️4. MERENUNG MAKNA AL-QURAN:
PILIH SURAH YANG ANDA PERNAH DENGAR DALAM SOLAT TARAWIH ATAU SEMASA MEMBACA TERJEMAHAN DAN TAFSIR. KEMUDIAN BERFIKIRLAH SECARA MENDALAM TENTANG MAKNA SURAH TERSEBUT DAN BAGAIMANA IA AKAN MEMBERI KEBAIKAN KEPADA ANDA.
♨️5. BERDOA SUPAYA DOSA DIHAPUSKAN:
ABU HURAIRAH MERIWAYATKAN BAHAWA RASULULLAH (NABI MUHAMMAD) BERKATA: SESIAPA YANG BERDIRI (MENGERJAKAN SEMBAHYANG) PADA MALAM LAILATUL QADAR, MENGHARAPKAN PAHALA DARI SISI ALLAH, SEMUA DOSANYA PADA MASA LALU AKAN DIAMPUNI. [BUKHARI DAN MUSLIM).
CUBA UNTUK BERDOA DENGAN LEBIH PANJANG, LEBIH DIHAYATI MAKNA-MAKNANYA. JIKA ANDA SUDAH BIASA DENGAN SURAH YANG PANJANG, BACA TERJEMAHAN DAN PENJELASAN. HAYATI MAKNA DARIPADA SURAH.
INI ADALAH CARA YANG BAIK UNTUK MENINGKATKAN TUMPUAN, WALAUPUN DALAM SEMBAHYANG, DI MANA RAMAI DARIPADA KITA CENDERUNG UNTUK MENJADI LALAI DAN MUDAH TERGANGGU DALAM SOLAT.
♨️6. BUAT SATU SENARAI DOA PERIBADI:
TANYA DIRI KITA APA YANG KITA BENAR-BENAR MAHU DARI ALLAH. BUAT SENARAI SETIAP DAN SEGALA-GALANYA, TIDAK KIRA BETAPA KECIL ATAU BERAPA BESAR, SAMA ADA IA BERKAITAN DENGAN DUNIA INI ATAU TIDAK. ALLAH SANGAT SUKA MENDENGAR DOA DAN PERMINTAAN DARIPADA HAMBANYA.
♨️7. AMALKAN DOA PANJANG, IKHLAS DAN MENDALAM:
SALAH SATU MASA TERBAIK UNTUK MELAKUKAN INI IALAH PADA BAHAGIAN TERAKHIR MALAM. ABU HURAIRA RA, BERKATA BAHAWA NABI BERSABDA: APABILA BERAKHIR SATU PERTIGA MALAM, ALLAH, YANG AMAT TERPUJI TURUN KE LANGIT BUMI DAN BERFIRMAN: SIAPAKAH YANG BERDOA UNTUK KU? SIAPA YANG BERDOA UNTUK KU MEMOHON APA-APA AKAN KU PERKENANKAN. DAN YANG YANG MEMOHON KEAMPUNAN KEPADA-KU, AKU AKAN MEMAAFKANNYA. (BUKHARI, MUSLIM).
BANGUN SATU JAM SEBELUM MASA SAHUR UNTUK MEMINTA KEPADA ALLAH UNTUK APA-APA DAN SEMUA YANG KITA MAHU. INI BOLEH DILAKUKAN DENGAN DOA DALAM BAHASA KITA SENDIRI ( TIDAK SEMESTINYA BAHASA ARAB ), DENGAN IKHLAS DAN KEYAKINAN.
♨️ 8. AMALAN-AMALAN LAIN YANG BOLEH DIAMALKAN.
SEDEKAH RM1 SETIAP MALAM
SOLAT SUNAT 2 RAKAAT SEBELUM TIDUR
BACA SURAH AL-IKHLAS 3X
TIPS INI ADALAH SEBAHAGIAN KECIL DARIPADA APA YANG BOLEH KITA DILAKUKAN. TENTUKAN BAGAIMANA MALAM YANG LEBIH BAIK DARIPADA SERIBU BULAN INI DIGUNAKAN. INI AKAN MEMBANTU KITA UNTUK MENGELAKKAN DARIPADA KERUGIAN PADA MALAM LAILATUL-QADAR IAITU DALAM 10 HARI TERAKHIR. SEMOGA KITA DAPAT MERAIH SEBANYAK MUNGKIN PAHALA PADA RAMADHAN KALI INI..
LAGI

Page 40 of 47