SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN KEPADA SEMUA PELAJAR SMITI DARUL IZZAH.
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN KEPADA SEMUA PELAJAR SMITI DARUL IZZAH.
YAN - 22 JULAI 2021, DALAM MENYEMARAKKAN SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL ADHA ATAU LEBIH DIKENALI SEBAGAI HARI RAYA KORBAN, SMITI DARUL IZZAH HARI INI TURUT MENGADAKAN SATU MAJLIS KORBAN PERDANA PERINGKAT SEKOLAH.
BEBERAPA ORANG PETUGAS YANG TERDIRI DARIPADA STAF SEKOLAH, PESERTA SERTA MASYARAKAT SETEMPAT TELAH BERKUMPUL SEAWAL JAM 8 PAGI BAGI BERSAMA-SAMA MENJAYAKAN PROGRAM KORBAN PADA PAGI INI.
SEMBELIHAN KORBAN PADA HARI INI JUGA TELAH DILAKSANAKAN OLEH AF USTAZ MOHAMMAD IQBAL B. ABU YAZIZ - PENGETUA SMITI DARUL IZZAH DAN AF USTAZ MOHAMAD SYAZLI B. FAUZI - PENGERUSI PONDOK FAUZI, YAN.
SEBANYAK 3 EKOR LEMBU SERTA 2 EKOR KAMBING TELAH BERJAYA DIKORBANKAN PADA TAHUN INI HASIL DARIPADA BAHAGIAN-BAHAGIAN YANG BERJAYA DIKUMPUL OLEH PIHAK SEKOLAH DARIPADA BEBERAPA ORANG STAF DAN ORANG RAMAI.
DALAM KESEMPATAN ITU JUGA, PIHAK SEKOLAH YANG DI WAKILI OLEH USTAZ MOHAMMAD IQBAL MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PESERTA KORBAN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN SERTA SEMUA PETUGAS YANG BERTUNGKUS LUMUS MENJAYAKAN MAJLIS KORBAN PADA HARI INI. "DIHARAPKAN PIHAK SEKOLAH TERUS MENDAPAT SOKONGAN DAN KERPERCAYAAN DARIPADA ORANG RAMAI UNTUK TERUS MENGANJURKAN PROGRAM SEPERTI INI DIMASA AKAN DATANG", KATANYA LAGI.
MAJLIS KORBAN YANG BERAKHIR SEKITAR JAM 1 TENGAH HARI ITU DIAKHIRI DENGAN EDARAN DAGING KORBAN KEPADA PETUGAS, PIHAK SEKOLAH SERTA MASYARAKAT SEKITAR.
KUALA KEDAH- 14 JUN, SMITI DARUL IZZAH HARI INI TELAH MENGADAKAN SATU ZIARAH MAHABBAH KE KEDIAMAN SALAH SEORANG PELAJARNYA YANG TINGGAL DI SINI.
ZIARAH MAHABBAH YANG TELAH DIKETUI OLEH USTAZ MOHAMMAD IQBAL SELAKU PENGETUA DI SMITI DARUL IZZAH ITU TELAH TIBA DALAM JAM 10 PAGI. BELIAU TELAH DISAMBUT BAIK OLEH PELAJAR TERSEBUT DAN IBU SAUDARANYA.
PELAJAR TERSEBUT MERUPAKAN CALON SPM 2021 DI SMITI DARUL IZZAH. BAPANYA BEKERJA SEBAGAI SEORANG NELAYAN KECIL-KECILAN MANAKALA IBUNYA TELAH MENINGGAL DUNIA BEBERAPA TAHUN LEPAS. KINI PELAJAR TERSEBUT HANYA MENUMPANG KASIH SEORANG IBU DARIPADA IBU SAUDARANYA YANG TINGGAL BERSEBELAHAN RUMAHNYA.
ATAS DASAR RASA KEPRIHATINAN DAN BERTANGGUNGJAWAB, PIHAK SMITI DARUL IZZAH TELAH MENGADAKAN SATU ZIARAH MAHABBAH BAGI MEMBINCANGKAN BEBERAPA PERKARA KHUSUSNYA PERMASALAHAN BERKAITAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN ATAU PDPR INI.
PERTEMUAN YANG BERLANGSUNG HAMPIR 1 JAM ITU DIAKHIRI DENGAN PEMBERIAN SUMBANGAN OLEH USTAZ MOHAMMAD IQBAL YANG MEWAKILI PIHAK SEKOLAH. BELIAU MENGHARAPKAN SEDIKIT SEBANYAK SUMBANGAN INI DAPAT MERINGANKAN BEBAN PELAJAR ITU KHUSUSNYA DALAM MENGIKUTI KELAS PENGAJIAN SEBAGAI PERSIAPAN AWAL UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN YANG AKAN DATANG. "DIHARAPKAN PELAJAR TERSEBUT DAPAT TINGKATKAN USAHA SENDIRI DENGAN PERBANYAKKAN LATIHAN DAN ULANGKAJI SERTA TIDAK MENGHARAPKAN BAHAN-BAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH GURU SEKOLAH SAHAJA." UJARNYA LAGI.
TURUT HADIR BERSAMA BELIAU DALAM ZIARAH ITU ADALAH PENOLONG KANAN AKADEMIK USTAZAH MASILAH BT MUHAMMAD, PENOLONG KANAN HAL EHWAL PELAJAR USTAZAH MUSALMIN BT. MOHAMMAD DAN GURU DINIAH USTAZAH HAFIDZOTUL HANANI BT. ABNIL HAJAT.
 
ALHAMDULILLAH. PELAJAR SMI DARUL IZZAH MENDAPAT TAWARAN TAJAAN PENUH UNTUK PENGAJIAN DI UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SULTAN ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH (UNISHAM) OLEH LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH (LZNK) SEHINGGA TAMAT PERINGKAT IJAZAH SARJANA MUDA.
TERIMA KASIH KEPADA LEMBAGA ZAKAT NEGERI KEDAH ATAS KEPRIHATINAN INI. SEMOGA PELAJAR TERSEBUT DAPAT MEMANFAATKAN PELUANG INI DENGAN SEBAIKNYA MENJADI INSPIRASI KEPADA RAKAN-RAKAN PELAJAR YANG LAIN.
RABU - 7/7/2021. PERJALANAN PENGAJIAN DI SMITI DARUL IZZAH JUGA TIDAK TERKECUALI DARIPADA DIJALANKAN SECARA MAYA ATAUPUN PDPR. TERIMA KASIH DIUUCAPKAN KEPADA PELAJAR DAN GURU YANG TERUS MEMBERIKAN KOMITMEN DALAM MENJAYAKAN SISTEM PENDIDIKAN KHUSUSNYA DI SMITI DARUL IZZAH.
BERIKUT ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA PERJALANAN KELAS PENGAJIAN SECARA MAYA OLEH PELAJAR DAN GURU DI SMITI DARUL IZZAH.
YAN - 27 JUN. PIHAK SMIDI HARI INI YANG DIWAKILI OLEH USTAZ MOHAMMAD IQBAL SELAKU PENGETUA DISANA TELAH MENGADAKAN SATU MAJLIS RINGKAS PENYERAHAN SUMBANGAN TELEFON BIMBIT KEPADA SALAH SEORANG PELAJARNYA DI KAMPUNG SELENGKOH, YAN.
SUMBANGAN TELEFON BIMBIT TERSEBUT MERUPAKAN SATU INISIATIF DARIPADA PIHAK SEKOLAH SETELAH MENGAMBIL KIRA BEBERAPA FAKTOR YANG TELAH DIPERSETUJUI OLEH BARISAN GURU-GURU DI SMIDI.
" DIHARAP DENGAN PEMBERIAN TELEFON BIMBIT INI DAPAT MELANCARKAN LAGI PROSES PDPR SERTA MENINGKATKAN LAGI PRESTASI PEMBELAJARAN BELIAU" UJAR USTAZ IQBAL. "PIHAK SEKOLAH JUGA SEDANG BERUSAHA UNTUK MEMBANTU PARA PELAJAR SUPAYA TIDAK TERLEPAS DARIPADA MENGIKUTI KELAS PENGAJIAN SECARA ATAS TALIAN KHUSUSNYA BAGI MEREKA YANG BAKAL MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2021" UJARNYA LAGI.
TURUT HADIR DALAM MAJLIS TERSEBUT PENOLONG KANAN AKADEMIK, USTAZAH MASILAH BT MUHAMAD DAN PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID, USTAZAH MUSALMIN BT MOHAMMAD.
JUMAAT CHALLENGE.
ASSALAMULAIKUM W.B.T.
.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّأَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًاوَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا (البخاري)
.
DARI ABU HURAIRAH RADHIYALLAHU ‘ANHU SESUNGGUHNYA NABI MUHAMMAD ﷺ BERSABDA:“TIDAK ADA SATU SUBUH-PUN YANG DIALAMI HAMBA-HAMBA ALLAH KECUALI TURUN KEPADA MEREKA DUA MALAIKAT. SALAH SATU DI ANTARA KEDUANYA BERDOA: “YA ALLAH, BERILAH GANTI BAGI ORANG YANG BERINFAQ”, SEDANGKAN YANG SATU LAGI BERDOA “YA ALLAH, BERILAH KEROSAKAN BAGI ORANG YANG MENAHAN (HARTANYA)”(HR BUKHARI)
.
DIHARI YANG PENUH KEMULIAAN INI MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGAMBIL KESEMPATAN INI DENGAN BERWAQAF, BESEDEKAH ATAU MENYUMBANG KEPADA PEMBINAAN MASJID DARUL IZZAH INI.
.
BERWAQAFLAH DENGAN KADAR SEIKHLAS UNTUK DIRI SENDIRI, AHLI KELUARGA, ATAU UNTUK IBUBAPA KITA SAMADA MEREKA MASIH HIDUP ATAU TELAH MENINGGAL DUNIA.
.
SESUNGGUHNYA BARANGSIAPA YANG MEMBINA MASJID KERANA ALLAH NESCAYA ALLAH AKAN MEMBINA BAGINYA DI DALAM SYURGA (BINAAN) SEUMPAMANYA. (HADIS RIWAYAT MUSLIM)
.
SALURKAN WAQAF DAN SUMBANGAN DARIPADA ANDA KE AKAUN BANK ISLAM BERIKUT;
TABUNG PEMBANGUNAN DARUL IZZAH
0208 4010 035 015
PIHAK KAMI JUGA BOLEH MENGURUSKAN RESIT ZAKAT/ PENGECUALIAN CUKAI KEPADA ANDA YANG MENYUMBANG DALAM PEMBINAAN INI.
.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH TERUS HUBUNGI KAMI DI TALIAN;
013 4045145 - PENGETUA
013 4443466 - PEJABAT.
.
ORANG RAMAI JUGA DIJEMPUT BERKUNJUNG KE TAPAK PEMBINAAN MASJID SMITI DARUL IZZAH INI DI LOKASI BERIKUT;
SEKOLAH MENENGAH INTEGRASI TERAS ISLAM - SMITI DARUL IZZAH
KAMPUNG PERUPOK, 06900 YAN, KEDAH.
MAPS; WAZE;
SEK. MEN. ISLAM DARUL IZZAH
SMITI DARUL IZZAH
.
MOHON BANTUAN DAN KERJASAMA DARI SAHABAT SEMUA UNTUK SEBARKAN INFO INI KE SELURUH KENALAN KITA UNTUK KITA SAMA-SAMA MEMBANTU MENYIAPKAN PEMBINAAN MASJID INI.
SEMOGA DENGAN MENEKAN BUTANG SHARE DIBAWAH IANYA MENJADI 1 AMAL JARIAH BUAT KITA SEMUA. INSYAALLAH.
JAZAKALLAH KHAIRAN KASIRA ATAS KERJASAMA DAN SUMBANGAN YANG SABAHAT SEMUA BERIKAN.
.
JOM LIKE DAN SHARE PAGE SEK. MEN. ISLAM DARUL IZZAH - SMIDI UNTUK DAPATKAN INFO SEMASA TENTANG PERJALANAN PENDIDIKAN / AKTIVITI PELAJAR DAN PEMBANGUNAN DI SMITI DARUL IZZAH.