DOA MASUK BULAN REJAB
DOA YANG ANDA BOLEH AMALKAN KETIKA MEMASUKI BULAN REJAB ADALAH SEPERTI BERIKUT :
اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبٍ وَشَعْبَانَ وَبَلِّّغْنَا رَمَضَانَ
MAKSUD : YA ALLAH, BERKATKANLAH KAMI PADA BULAN REJAB DAN SYAABAN DAN SAMPAIKANLAH KAMI KE BULAN RAMADAN. (HR BAIHAQI)
FATWA ULAMA’-ULAMA’ BERKAITAN PUASA REJAB
DI DALAM AL-MAUSU’AH AL-FIQHIYYAH AL-KUWAITIYYAH [LIHAT: AL-MAUSU’AH AL-KUWAITIYYAH, 95/28] MENGATAKAN BAHAWA JUMHUR ULAMA’ DARIPADA MAZHAB AL-HANAFIYYAH, AL-MALIKIYYAH DAN AL-SYAFIEYYAH MENGATAKAN SUNAT BERPUASA PADA BULAN-BULAN HARAM. INI KERANA, MEREKA BERDALILKAN DENGAN SEBUAH HADITH DARIPADA IMAM MUSLIM:
DARIPADA ABU HURAIRAH RA, BAHAWA NABI SAW BERSABDA:
أَفْضَلُ الصَّلَاةِ، بَعْدَ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ، الصَّلَاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ، وَأَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ، صِيَامُ شَهْرِ اللهِ الْمُحَرَّمِ
MAKSUDNYA: “SEBAIK-BAIK SOLAT SELEPAS DARIPADA SOLAT FARDHU ADALAH SOLAT MALAM DAN SEBAIK-BAIK PUASA SELEPAS DARIPADA RAMADHAN ADALAH PUASA PADA BULAN ALLAH AL-MUHARRAM”. [RIWAYAT MUSLIM (1163)]
AKAN TETAPI, MEREKA MENGATAKAN BERPUASA PADA BULAN REJAB SAHAJA ADALAH MAKRUH BERDALILKAN DENGAN SEBUAH HADITH DI DALAM SUNAN IBN MAJAH:
DARIPADA ABDULLAH BIN ABBAS RA BERKATA:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنْ صِيَامِ رَجَبٍ
MAKSUDNYA: “BAHAWA NABI SAW MELARANG BERPUASA PADA BULAN REJAB”. [RIWAYAT IBN MAJAH (1743)][IMAM AL-SYAUKANI [LIHAT: NAIL AL-AUTHAR 293/4 ]MENGATAKAN HADITH INI TERDAPAT DUA ORANG PERAWI YANG DHAIF IAITU ZAID BIN ABD AL-HAMID DAN DAUD BIN ATHA’][HADITH INI ADALAH DHAIF JIDDAN (TERAMAT LEMAH)]
INI KERANA, JIKA SESEORANG ITU BERPUASA PADA BULAN REJAB SAHAJA MAKA IA MENUNJUKKAN SEAKAN-AKAN MEREKA INI MENGHIDUPKAN SYIAR (LAMBANG) GOLONGAN JAHILIYYAH PADA MASA LALU YANG MEMULIAKAN BULAN INI. WALAUPUN BEGITU, LARANGAN ATAU PEMAKRUHAN INI AKAN HILANG JIKA SESEOANG ITU BERBUKA PADA SALAH SATU HARI DARIPADA BULAN TERSEBUT (TIDAK BERPUASA PENUH) ATAU BERPUASA PADA BULAN YANG LAIN DARIPADA TAHUN TERSEBUT DAN TIDAK SEMESTINYA TERUS SELEPAS DARIPADA REJAB.
HUKUM PUASA TIGA BULAN SECARA BERTERUSAN
DALAM MASALAH INI, SYEIKH ATHIYYAH SHAQAR BERPENDAPAT BAHAWA BERPUASA PENUH PADA BULAN REJAB, SYA’BAN DAN RAMADHAN TIDAK ADA DALIL YANG MENGHALANGNYA. [LIHAT: AHSAN AL-KALAM, 444/3] TAMBAHAN PULA, SYEIKH YUSUF AL-QARADHAWI JUGA MENGATAKAN BAHAWA PERBUATAN TIDAK DILAKUKAN OLEH NABI SAW, PARA SAHABAT RA DAN JUGA PARA TABI’IN. [LIHAT: FATAWA MU’ASHIRAH, 279/1]
WALAUBAGAIMANAPUN, KAMI JUGA TELAH DIBERITAHU OLEH GURU KAMI FADHILAH AL-SYEIKH AL-ALLAMAH DR. WAHBAH AL-ZUHAILI RAHIMAHULLAH BAHAWA PUASA 3 BULAN BERTURUT-TURUT IAITU BERPUASA PENUH PADA BULAN REJAB, SYA’BAN DAN RAMADHAN DIAMALKAN OLEH PARA SOLIHIN DAN IA TIDAK BERCANGGAH SELAMAMANA DIA MAMPU UNTUK MELAKUKANNYA DENGAN TIDAK BERI’TIQAD (MENGANGGAP) BAHAWA IA ADALAH SUNNAH. DALAM MASA YANG SAMA, KITA JUGA TIDAK BOLEH MENGATAKAN BAHAWA ORANG YANG TIDAK BERPUASA ITU TIDAK BERAMAL DENGAN SUNNAH.
AMALAN-AMALAN YANG DIGALAKKAN PADA BULAN REJAB
ANTARA AMALAN-AMALAN YANG DIGALAKKAN PADA BULAN REJAB INI ADALAH DAN AMALAN-AMALAN INI BERSIFAT UMAM ADALAH:
- BERPUASA
- MEMPERBANYAKKAN BERSEDEKAH
- MEMPERBANYAKKAN MEMBACA AL-QUR’AN
- MEMPERBANYAKKAN BERZIKIR
- MEMPERBANYAKKAN SOLAT-SOLAT SUNAT
DEMIKIAN ADALAH SEDIKIT PERKONGSIAN DARIPADA KAMI SEKADAR YANG TERMAMPU BERKAITAN BULAN REJAB DAN ISU-ISU YANG BERKAITAN DENGANNYA. KESIMPULANNYA, BULAN REJAB MERUPAKAN ANTARA BULAN-BULAN YANG MULIA KERANA IA MERUPAKAN SALAH SATU DARIPADA BULAN HARAM. HAL INI JUGA DISEBUT BERDASARKAN FIRMAN ALLAH SWT BERKAITAN BULAN HARAM DI DALAM AL-QUR’AN SEBAGAIMANA YANG KAMI NYATAKAN DI ATAS. UNTUK ITU, MARILAH SAMA-SAMA KITA MEMPERTINGKATKAN AMALAN KITA DALAM BULAN INI BAGI MEMPERSIAPKAN DIRI MENEMPUH BULAN RAMADHAN YANG AKAN DATANG. AKHIRNYA, SEMOGA ALLAH SWT MEMBERI KITA KEKUATAN DALAM MELAKSANAKAN AMAL IBADAH KITA SERTA MEMASUKKAN KITA DALAM DALAM KALANGAN HAMBA-HAMBA-NYA YANG SENTIASA MELAKUKAN KEBAIKAN DAN KETAATAN KEPADA-NYA. AMIN.