https://my04.awfatech.com/darulizzah/content/news/newsf1_DI018_1687154663.jpg

UJIN 1 PENGGAL 1 SESI PENGAJIAN 2023

اَللَّهُمَّ ﭐفْتَحْ عَلَيْنَا حِكْمَتَكَ وَﭐنْشُرْ عَلَيْنَا مِنْ خَزَائِنِ رَحْمَتِكَ يَآ أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
MAKSUDNYA : YA ALLAH, BUKAKANLAH KE ATAS KAMI HIKMAT-MU DAN LIMPAHKANLAH KE ATAS KAMI KHAZANAH-MU, WAHAI ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG.
SEDANG BERLANGSUNG PEPERIKSAAN UJIAN 1 BAGI SESI PENGAJIAN 2023/2024 DI SEK. MEN. ISLAM DARUL IZZAH - SMIDI .
PEPERIKSAAN INI AKAN DIADAKAN SELAMA 9 HARI BERMULA PADA PAGI INI DAN AKAN BERAKHIR PADA 27 JUN 2023. MOHON DOA IBU AYAH DAN SAHABAT SEMUA AGAR PARA PELAJAR DISINI DIPERMUDAHKAN URUSAN DALAM MENJAWAB SOALAN. INSYAALLAH.
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulizzah/content/news/newsf1_DI018_1687154544.png

DAULAT TUANKU...

HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN
DAULAT TUANKU
MERAFAK SEMBAH SETINGGI-TINGGI UCAPAN TAHNIAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA AL AMINUL KARIM SULTAN SALLEHUDDIN IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH, SULTAN NEGERI KEDAH DARUL AMAN BERSEMPENA DENGAN SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA TUANKU SULTAN KEDAH KE-81 PADA 18 JUN 2023 BERSAMAAN 29 ZULKAEDAH 1444H.
SEMBAH TAKZIM DARIPADA:
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulizzah/content/news/newsf1_DI018_1686626986.png

TAHNIAH SPM 2022

TAHNIAH & SYABAS DIUCAPKAN KHUSUSNYA KEPADA PELAJAR SEK. MEN. ISLAM DARUL IZZAH - SMIDI DAN SEMUA PELAJAR YANG BEROLEH KEPUTUSAN YANG CEMERLANG DALAM SPM 2022. KEPADA PELAJAR YANG BELUM BERJAYA JUGA SEMOGA TERUS BANGKIT BERUSAHA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN DIMASA AKAN DATANG.
IKHLAS DARIPADA:
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulizzah/content/news/newsf1_DI018_1686626903.jpg

KULIAH DHUHA MINGGUAN PAGI JUMAAT

SEDANG BERLANGSUNG KULIAH DHUHA HARI JUMAAT YANG DISAMPAIKAN OLEH :
~ AF USTAZ MOHD FIRDAUS BIN YUSOF
● TAJUK : PENGAJIAN AL QURAN DAN TAJWID
● TEMPAT: SURAU SMI DARUL IZZAH
● TARIKH : 9 JUN 2023
UNTUK MENYUMBANG KEPADA PENDIDIKAN DAN PENGURUSAN DI DARUL IZZAH BOLEH SALURKAN TERUS KE AKAUN BANK ISLAM BERIKUT;
TABUNG PENDIDIKAN DARUL IZZAH
0208 4010 035 015
TABUNG PEMBANGUNAN DARUL IZZAH
0208 4010 034 038
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulizzah/content/news/newsf1_DI018_1686626789.jpg

RESTOK BARANG KANTIN SEK. MEN. ISLAM DARUL IZZAH - SMIDI PADA MINGGU INI AHAD - 11 JUN 2023

RESTOK BARANG KANTIN SEK. MEN. ISLAM DARUL IZZAH - SMIDI PADA MINGGU INI AHAD - 11 JUN 2023.
ALHAMDULILLAH, PADA MINGGU INI PIHAK SEKOLAH TELAH MEMBELI STOK BAHAN MASAKAN UNTUK KEGUNAAN KANTIN DI SEK. MEN. ISLAM DARUL IZZAH - SMIDI . STOK INI UNTUK KEGUNAAN MAKAN PELAJAR SELAMA 4 HARI AKAN DATANG.
KOS PEMBELIAN BARANG INI ADALAH SEPERTI BERIKUT:
BARANG BASAH : RM 1,351.00
BARANG KERING : RM 935.00
AYAM : RM 685.30
JUMLAH : RM 2,971.30.
OLEH DEMIKIAN, KAMI DIPIHAK SMIDI MERAYU DAN MENGALU-ALUKAN SUMBANGAN DAN TAJAAN DARIPADA ORANG RAMAI UNTUK MENAMPUNG PEMBELIAN BARANG MASAKAN INI.
SUMBANGAN DAN TAJAAN DARIPADA ORANG RAMAI BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN BANK BERIKUT:
TABUNG PENDIDIKAN DARUL IZZAH
0208 4010 034 038 - BANK ISLAM.
( RUJUKAN : TAJAAN MAKAN )
UNTUK PERTANYAAN ATAU MAKLUMAN BOLEH HUBUNGI PIHAK SEKOLAH DITALIAN BERIKUT:
013-404 5145 - PENGETUA
MOHON KERJASAMA SAHABAT SEMUA JUGA UNTUK BANTU KAMI SEBARKAN INFO INI KEPADA ORANG RAMAI SUPAYA LEBIH RAMAI KENALAN KITA BERKONGSI REZEKI DENGAN PELAJAR DI SMIDI INI. INSYAALLAH.
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulizzah/content/news/newsf1_DI018_1686626675.jpg

PERHIMPUNAN MINGGUAN PELAJAR SMIDI

PEPATAH ARAB MENYEBUT:
ترجو النجَاة وَلم تسلك مسالكها … إِن السَّفِينَة لَا تجْرِي على اليبس
“KAMU MAHUKAN KEJAYAAN SEDANGKAN KAMU TIDAK MELALUI JALANNYA. SESUNGGUHNYA KAPAL TIDAK AKAN BERJALAN DI ATAS DARATAN."
DEMIKIANLAH SEBAHAGIAN DARIPADA UCAPAN USTAZ MOHAMMAD IQBAL ABU YAZIZ - TUAN PENGETUA SMIDI KETIKA SESI PERHIMPUNAN MINGGUAN YANG DIADAKAN PADA AHAD - 11 JUN 2023.
PEPATAH INI DIGUNAKAN OLEH TUAN PENGETUA BAGI MEMBAKAR SEMANGAT PARA PELAJAR KHUSUSNYA YANG AKAN MENDUDUKI SPM 2023 INI SEBAGAI KESINABUNGAN DENGAN KEPUTUSAN SPM 2022 YANG DIUMUMKAN PADA MINGGU LALU.
SEPERTI KEBIASAANNYA JUGA, SEBAHAGIAN PARA GURU AKAN MENGAMBIL PELUANG KETIKA SESI PERHIMPUNAN INI UNTUK BERUCAP BAGI MENYAMPAIKAN NASIHAT DAN TEGURAN PADA PELAJAR.
LAGI
https://my04.awfatech.com/darulizzah/content/news/newsf1_DI018_1686626517.jpg

ZIARAH LEMBU KORBAN.

ZIARAH LEMBU KORBAN.
ALHAMDULILLAH, PADA SEBELAH PETANG KELMARIN PIHAK SEK. MEN. ISLAM DARUL IZZAH - SMIDI - USTAZ IQBAL DAN USTAZ FAIZ TELAH HADIR KE LADANG TERNAKAN LEMBU DI DAERAH SIK BAGI MEMBUAT BAYARAN DEPOSIT PEMBELIAN LEMBU UNTUK KEGUNAAN RAYA HAJI NANTI.
SEBAGAI MAKLUMAN, HARGA BAGI SEBAHAGIAN LEMBU ADALAH SEBANYAK RM 750 MANAKALAH SEEKOR KAMBING RM 900 SAHAJA DAN SEHINGGA KINI MASIH LALGI BERBAKI SEBANYAK 6 BAHAGIAN LAGI.
UNTUK MAKLUMAN KEPADA ORANG RAMAI JUGA, PIHAK SMIDI AKAN MENGADAKAN MAJLIS KORBANPADA KETETAPAN SEPERTI BERIKUT:
HARI : AHAD
TARIKH : 2 JULAI 2023 / 13 ZULHIJJAH 1444M
MASA : JAM 8.00 PAGI
TEMPAT : DATARAN SEK. MEN. ISLAM DARUL IZZAH - SMIDI, KAMPUNG PERUPOK, 06900 YAN, KEDAH.
UNTUK PERTANYAAN / PENDAFTARAN BOLEH HUBUNGI PIHAK SEKOLAH DITALIAN BERIKUT:
UNTUK BAYARAN PENYERTAAN IBADAH KORBAN DAN AKIKAH INI JUGA BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN BANK BERIKUT:
TABUNG PENDIDIKAN DARUL IZZAH
0208 4010 034 038 - BANK ISLAM
( RUJUKAN : KORBAN 2023 )
MOHON KERJASAMA SAHABAT SEMUA KONGSIKAN INFO INI SUPAYA SAMPAI KEPADA ORANG RAMAI AGAR MEREKA JUGA DAPAT MENJALANI IBADAH KORBAN DAN AKIKAH INI. INSYAALLAH.
LAGI

Page 7 of 47