ALHAMDULILLAH, PADA TENGAH HARI TADI USTAZ MOHAMMAD IQBAL BIN ABU YAZIZ - PENGETUA SMI DARUL IZZAH TELAH SELESAI MEMBUAT TEMPAHAN AWAL LEMBU KORBAN SEBANYAK 6 EKOR SEMPENA MAJLIS KORBAN BERSAMA SMIDI 2024 NANTI.
TEMPAHAN AWAL INI DIBUAT SETELAH USTAZ IQBAL HADIR SENDIRI KE KANDANG LEMBU YANG TERLETAK DI SIK ITU UNTUK MELIHAT SAIZ DAN MENDAPAT PERSETUJUAN HARGA BERSAMA DENGAN PEMILIK KANDANG.
ORANG RAMAI YANG MASIH TERCARI-CARI TEMPAT UNTUK MELAKUKAN IBADAH KORBAN INI BOLEH BERDAFTAR MELALUI SMI DARUL IZZAH. HARGA SETOMPOK LEMBU KORBAN YANG DITAWARKAN OLEH PIHAK SMIDI ADALAH SERENDAH RM 800 SAHAJA DAN SEEKOR KAMBING RM 950 SAHAJA.
 
TEMPAT ADALAH TERHAD KEPADA 70 BAHAGIAN (10 EKOR) DAN 5 EKOR KAMBING SAHAJA DAN SEHINGGA KINI MASIH BERBAKI 28 BAHAGIAN (4 EKOR) DAN 5 EKOR KAMBING SAHAJA LAGI.
MAJLIS SEMBELIHAN KORBAN INI AKAN DIADAKAN PADA TETAPAN SEPERTI BERIKUT:
KHAMIS
20 JUN 2024 BERSAMAAN 13 ZULHIJJAH 1445H ( HARI RAYA KE-4 )
JAM 8.30 PAGI
LOKASI :
MASJID DARUL IZZAH
KG. PERUPOK, 06900 YAN, KEDAH.
013-404 5145
 
UNTUK PERTANYAAN / PENDAFTARAN BOLEH HUBUNGI PIHAK SEKOLAH DITALIAN BERIKUT:
013-404 5145 - PENGETUA
011 2749 8465 - PEG. KEWANGAN.
 
UNTUK BAYARAN PENYERTAAN ATAU SUMBANGAN SEMPENA MAJLIS IBADAH KORBAN DAN AKIKAH INI JUGA BOLEH DIBUAT MELALUI AKAUN BANK BERIKUT:
TABUNG PENDIDIKAN DARUL IZZAH
0208 4010 034 038 - BANK ISLAM
( RUJUKAN : KORBAN 2024 )
 
IBADAH KORBAN ADALAH TERMASUK DI DALAM TUNTUTAN KE ATAS UMAT ISLAM. PERINTAH INI DATANG SEBAGAIMANA YANG DINYATAKAN OLEH RASULULLAH S.A.W YANG BERSABDA:
إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا
MAKSUDNYA: APABILA TELAH MASUKNYA SEPULUH (HARI TERAWAL ZULHIJJAH), DAN SALAH SEORANG DARIPADA KAMU HENDAK MELAKUKAN IBADAH KORBAN MAKA JANGANLAH DIA MEMOTONG RAMBUTNYA SERTA KUKUNYA. RIWAYAT MUSLIM (1977)